Bukit Ketam Tenghilan

Bukit Ketam, Kampung Lapai (Ketam Hill) terletak di Tenghilan Tuaran. Untuk sampai ke puncak, kami menelusuri teres getah milik penduduk kampung.

Ladang getah bukit ketam
Ladang getah bukit ketam

Berbeza dengan bukit lain yang pernah didaki, jarak trek ke puncak menjanjikan cabarannya yang tersendiri.

Tanggal 19 haribulan Julai 2020, setelah usai mengalas perut. Kami bertolak seawal 7 pagi. Cuaca pagi itu cukup baik, sesuai untuk melakukan aktiviti ‘outdoor’.Nasib menyebelahi kami, biasanya pagi sebegitu, hujan masih lagi merintik. Mujurlah monsun barat daya, tidak seliar seperti pagi-pagi sebelumnya.Dari pekan Tuaran, perjalanan mengambil masa 45 minit(20km). Setiap detik perjalanan itu, di guna sepuasnya untuk menikmati alam, hijau merimbun terus menuju ke bukit Ketam.Begitulah uniknya negeri ini. Meskipun sudah zaman milenium, masih ada sisa hijau bumi, untuk tatapan masa hadapan.

Kabus menuju ke pekan Tenghilan
Kabus menuju ke pekan Tenghilan

Menghampiri pekan Tenghilan, kami disambut embun pagi, yang menghiasi jalan menuju ke Bukit ketam.

Pemandangan sawah padi di Kampung Lapai
Pemandangan sawah padi di Kampung Lapai

Aku terpesona seketika, menikmati indah alam ciptaan tuhan ini. Sedangkan nun jauh di bandar Kota Kinabalu, pagi sebegini mula sibuk dengan kehadiran warga kota.

Surau Kampung Lapai
Surau Kampung Lapai

Sesampainya di destinasi, kami melentak kenderaan berhampiran surau kampung. Perjalanan seterusnya, diteruskan dengan berjalan kaki.

klik disini untuk video penuh

Mengikut maklumat penduduk setempat, terdapat berapa jalan untuk sampai ke puncak. Untuk lebih selamat, kami dinasihatkan untuk melalui kebun-kebun getah, kerana di situ, sudah ada bekas pejalan kaki sebagai panduan.Kami mulakan perjalanan, agak kekok sedikit kerana inilah kali pertama mendaki bukit, dikelilingi kebun getah.Perjalanan menuju puncak bukit Ketam, memerlukan banyak pendakian. Jarak perjalanan pula di anggarkan sejauh 2.08 batu, mengikut anggaran perisian android yang kami pakai.Berpeluang mendaki bukit sebegini, merupakan satu pengalaman manis buat kami. Seolah-olah merentasi masa silam, melupakan semua kekusutan hidup di bandaraya kk.Langkah diatur dengan penuh cermat, satu demi satu. Cuba meyeimbangkan nafas dan langkah, agar keduanya bersatu bersama. Terlaju langkah, cepat penat. Terlambat langkah, perjalanan akan makan masa.

Semakin tinggi altitud yang didaki, semakin kuranglah jumlah oksigen di udara. Oleh itu, gerak langkah harus di atur dengan bijak.

Setelah bertungkus-lumus cuba menawan Bukit Ketam, akhirnya kami sampai ke puncak. Bagi aku, pendakian kali ini tidak sia-sia. Nun jauh di sana, kelihatan kelibat puncak Kinabalu.Di sebelah belakang pula, kelihatan persisiran pantai Kota Belud yang membiru. Penat lelah kami berbaloi, meski terik matahari mula terasa. Pendakian kali ini cukup bermakna buat kami.klik disini untuk video penuh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s